Agensi

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka. 

Tabung  ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka. TAPEM berfungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:

  • Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah
  • Biasiswa Melaka
  • Dermasiswa Maahad Tahfiz
  • Dermasiswa Tahfiz Bestari UNIMEL
  • Dermasiswa STAM
  • Care IPT
  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
  • Dermasiswa Pengajian Islam Dalam dan Luar Negara
  • Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang

Perkhidmatan

  • Pinjaman Pendidikan